*SIMPANAN EMAS LEBIH KUKUH DARI MATA WANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Amin.
Di sini ingin berkongsi info dengan anda, mudah-mudahan ia memberi manfaat dan kefahaman tentang kebaikan kita membuat simpanan dalam bentuk emas.

  Dinar dan Dirham

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Public Dinar menawarkan harga yang kompetitif bagi pembelian dinar.


Apakah Itu Dinar? Cetak Emel
publicdinar1_clip_image001_0000.gifDinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Kenapa Membeli Emas? Cetak Emel
publicdinar1_clip_image015.gif
Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak yang stabil sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman nabi Muhammad SAW; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham.
Ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
 


Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.
Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.
Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar (bayangkan kalau harga emas kat kedai berubah setiap jam, memang haru dibuatnyer
Harga barang kemas di Malaysia.
Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship

Jika anda ingin maklumat lanjut sila hubungi saya melalui hp atau emel

No comments: